النتائج 1 إلى 1 من 1

الموضوع: Penting dan umum untuk semua ansar di pelbagai negara seluruh dunia..

هذا أحد المواقع الثانوية الخاصة بتبليغ دعوة الإمام المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني والتي لا تتضمن أية أقسام خاصة ولا رسائل ولا عضويات وبالتالي لا يمكن المشاركة فيها ولا استرجاع الحسابات المفقودة عبرها، يوجد هنا فقط موسوعة البيانات مع الترجمة لبعضها إلى مختلف اللغات، ولا يتواجد الإمام المهدي إلا في الموقع الرسمي الوحيد منتديات البشرى الإسلامية والنبإ العظيم، وهناك يمكنكم التسجيل والمشاركة والمراسلة الخاصة وأهلاً وسهلاً بكم.

مصدر الموضوع
  1. مصدر المشاركة

    Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani
    30 - شعبان - 1441 هـ
    23 - 04 - 2020 مـ
    9:53 مساءً
    ( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
    mengikut takwim rasmi Makkah

    [ لمتابعة رابط المشاركة الأصلية للبيان ]
    ikuti pautan postingan asal keterangan
    https://mahdi-alumma.com/showthread.php?p=327448
    __________



    Penting dan umum untuk semua ansar di pelbagai negara seluruh dunia..


    Dengan nama Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, yang Maha Mengadili lagi Maha Menguasai, Allah-lah sebaik-baik yang memberikan keputusan, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
    selanjutnya..

    Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, wahai kekasihku para anshar pendahulu yang terbaik di pelbagai belahan dunia, yang berada di desa maupun di kota, barangsiapa yang ada pengumuman dibuat di negara tempat tinggalnya atau di tempatnya bermigrasi ; yaitu bilamana para pembuat keputusan di sana mengisytiharkan ketetapan penampakan hilal Ramadhan dengan kebohongan dan kedustaan, setelah terbenam matahari hari Khamis malam Jumaat, maka hendaklah para anshar berpuasa

    Hanya untuk anshar yang berada di negara tempat pengisytiharan itu dibuat, dengan kebohongan dan kedustaan hari pertama berpuasa, yang akan ditanggung oleh para pembuat keputusan di negara tersebut, tempat kembali mereka adalah neraka kerana mereka bersaksi bohong dan dusta

    Terutamanya ketua mereka Abdullah Al Khudairy yang bertanggungjawab di observatorium balai cerap Hawtah Sudayr, betapa dia telah menyesatkan dirinya dan umatnya dan memikul kesalahan orang-orang dalam tanggungannya, dengan anggapannya bahawa Allah telah melengkapinya dengan penglihatan helang hingga dapat melihat bintang-bintang di tengahari
    !
    Akan tetapi kalian wahai Abdullah, sesungguhnya kalian telah memasuki era Al Idraak (matahari mencapai bulan) yang terbesar, sungguhpun aku Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, aku bersaksikan Allah dengan kesaksian yang meyakinkan, bahawasanya hilal Ramadhan yang menandai permulaan bulan adalah setelah terbenam matahari hari Rabu malam Khamis, namun ianya berada dalam keadaan idraak; bermakna hilal telah lahir sebelum ijtima’ matahari dan bulan, lalu matahari bertemu dengan bulan sedang ia berupa hilal

    Menurut sepengetahuanku berdasarkan perhitungan manazil terbenam hilal, kalian tidak akan melihat hilal Ramadhan setelah terbenam matahari hari Khamis malam Jumaat tanggal 2 Ramadhan, kecuali dengan menggunakan kamera CCD sebelum terbenam matahari kerana bulan berada dalam keadaan idraak


    Aduhai betapa mengherankan wahai sekalian non-arab dan arab (sangat mengherankan)! Adakah kalian memasuki permulaan bulan setelah terbenam matahari siang ataukah sebelum terbenam matahari, dengan kebohongan dan kedustaan?! Walau bagaimanapun, bukankah Allah sebaik-baik yang memberikan keputusan
    ?
    Allah-lah yang Maha Mengetahui bahawa matahari telah mencapai bulan, suatu petanda kosmik sebagai pembenaran terhadap khalifah Allah, Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, dengan izin Allah Tuhanku yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa

    Maka dari itu dengan rasa hormat dan bangga, aku umumkan permulaan hari purnama penuh bulan Ramadhan bagi tahun 1441H ini, adalah pada petang hari Rabu malam Khamis, kelak Al Mahdi Al Muntadhar akan membiarkan wajah bulan purnama penuh yang membantah kalian dengan izin Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, juga dengan petanda lain dan petanda-petanda yang bergantian satu persatu


    Barangkali ada seorang penanya dari kalangan muslimin di pelbagai daerah di seluruh dunia mahu mengatakan, “Wahai Nasser Mohammed Al Yamani, pelik urusanmu ini! Bagaimana engkau ini tahu dengan yakin sebagaimana yang diajarkan oleh Tuhanmu mengenai petanda Al Idraak, sebagai peringatan untuk manusia, bahawa permulaan bulan Ramadhan tahun 1441H ini adalah pada petang hari Rabu malam Khamis, lalu mengapa engkau tidak berpuasa pada malam Khamis
    ?”
    Untuk itu Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani membalasnya, aku katakan: Sesungguhnya yang demikian itu adalah tanda pembenaran yang samar, yang akan kalian ketahuinya di hari kalian berpuasa pada awal bulan Ramadhan, yang mana kalian akan melihat hilal bulan membengkak, kerana umurnya membesar disebabkan bulan telah lahir sebelum iqtiran, lalu matahari ijtima dengannya sementara ia berupa hilal

    Kelak bulan akan purnama penuh pada petang hari Rabu malam Khamis, secara tidak terduga di luar perkiraan purnama penuh, dan ia akan terbenam di waktu bayang ketika waktunya mendirikan sholat shubuh hari Khamis, dan setiap kali kita menghadap barat dari Yaman demikian juga kelak bulan purnama penuh akan terbenam lambat di waktu bayang hingga terbit matahari di hujung dunia, hukum keputusan adalah milik Allah sebaik-baik yang memutuskan, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam


    Kelak Al Imam Al Mahdi akan berpuasa mengikut pengisytiharan oleh pemerintah keselamatan, mereka yang memikul pertanggungjawaban di leher mereka di hadapan Allah, begitu juga seluruh anshar di pelbagai daerah seluruh dunia, hendaklah setiap anshar berpuasa mengikut pengisytiharan yang dibuat oleh negara tempat mereka berada, pihak pemerintah yang memikul pertanggungjawaban di hadapan Allah, semoga Allah menerima amal ibadah hamba-Nya di bulan Ramadhan ini

    Aku ulangi dan aku katakan: Sesungguhnya permulaan masuknya bulan Ramadhan adalah pada petang hari Rabu malam Khamis
    , dan malam Jumaat ini adalah malam kedua Ramadhan, hari Sabtu tiga Ramadhan, kelak kalian akan mengetahui yang demikian semasa membengkaknya bulan, lalu dikatakan malam kedua atau ketiga, jika sungguh kalian adalah orang-orang yang menerima kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya

    Bahawasanya termasuk tanda-tanda Kiamat adalah bulan membesar, lalu dikatakan pada hari keluarnya bulan bagi orang-orang yang berpuasa secara umumnya, di perkotaan antara pergunungan dan di dataran yang terbuka pada hari pertama mereka berbuka puasa, di katakan ianya malam kedua atau malam ketiga (kerana bulan membesar), semua orang yang berpuasa menjadi saksi terhadap yang demikian

    Ya Allah, berilah keputusan dengan sebenar-benarnya antara kami dan orang-orang yang menyombongkan diri di seluruh dunia, Engkau-lah sebaik-baik yang memberikan keputusan, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam


    Khalifah Allah dan hamba-Nya Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani
    _____________






المواضيع المتشابهه

  1. Pernyataan Untuk Menenangkan Semua Anshar Di Seluruh Dunia..
    بواسطة Admin في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 28-03-2019, 05:08 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-08-2018, 08:52 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-06-2016, 09:12 PM
  4. Catatan penting dan umum untuk semua anshar pendahulu terbaik..
    بواسطة Admin في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 03-08-2015, 08:27 PM

ضوابط المشاركة

  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •