النتائج 1 إلى 1 من 1

الموضوع: Al Mahdi Al Muntadhar Nasser Mohammed Al Yamani Bersaksi Bahawa Maher, Seorang Jurutera, Sungguh Dia Termasuk Kalangan Orang-orang Yang Benar Dalam Hiwarnya Secara Peribadi Bersama Imam

هذا أحد المواقع الثانوية الخاصة بتبليغ دعوة الإمام المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني والتي لا تتضمن أية أقسام خاصة ولا رسائل ولا عضويات وبالتالي لا يمكن المشاركة فيها ولا استرجاع الحسابات المفقودة عبرها، يوجد هنا فقط موسوعة البيانات مع الترجمة لبعضها إلى مختلف اللغات، ولا يتواجد الإمام المهدي إلا في الموقع الرسمي الوحيد منتديات البشرى الإسلامية والنبإ العظيم، وهناك يمكنكم التسجيل والمشاركة والمراسلة الخاصة وأهلاً وسهلاً بكم.

مصدر الموضوع
  1. Al Mahdi Al Muntadhar Nasser Mohammed Al Yamani Bersaksi Bahawa Maher, Seorang Jurutera, Sungguh Dia Termasuk Kalangan Orang-orang Yang Benar Dalam Hiwarnya Secara Peribadi Bersama Imam

    مصدر المشاركة

    Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani
    28 - جمادى الآخرة - 1440 هـ
    05 - 03 - 2019 مـ
    09:20 مساءً
    ( mengikut takwim rasmi Ummul Qura )
    [ ikuti pautan postingan asal keterangan ]
    https://mahdi-alumma.com/showthread.php?p=304845

    ــــــــــــــــــــــــ


    Al Mahdi Al Muntadhar Nasser Mohammed Al Yamani Bersaksi Bahawa Maher, Seorang Jurutera, Sungguh Dia Termasuk Kalangan Orang-orang Yang Benar Dalam Hiwarnya Secara Peribadi Bersama Imamnya..


    Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, sholawat dan salam ke atas para nabi dan orang-orang sholeh yang bertaubat, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang selalu membersihkan diri mereka dari kotoran dosa dan syirik, percayalah kalian wahai sekalian anshar, akan taubatnya Maher Al Anshari Sang Jurutera

    Dia jujur dalam hiwarnya melalui telefon dengan Al Imam Al Mahdi, yang mungkin telah berlangsung lebih dari sejam, dia yang menghubungiku dan aku menjawabnya dengan kebenaran, Allah telah menuntunnya menuju kebenaran kerana dia termasuk kalangan yang benar dalam taubatnya, sebuah pelajaran untuknya dari Tuhannya supaya orang-orang mengetahui bahawasanya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, maka hendaklah mereka memohon keteguhan hati dari-Nya, semoga Allah meneguhkan kalian semua di jalan yang lurus.


    Kami telah menyatakan pada bayan keterangan sebelum ini mengenai fitnah ujian keraguan, yaitu kelak fitnah itu akan menimpa sesiapa yang berkeyakinan dalam dirinya, bahawa dia sama sekali tidak akan ragu-ragu terhadap urusan Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, padahal dia lupa bahawasanya Allah membatasi antara manusia dan hatinya

    Lantas Allah berkehendak untuk memberinya sebuah pelajaran tentang petunjuk ilmu pengetahuan, yakni hendaklah kalian tidak menetapkan dalam diri kalian bahawa kalian tidak akan pernah menyimpang dari kebenaran setelah kalian mengetahui jalan kebenaran itu; bahkan hendaklah kalian memohon keteguhan dan ketetapan hati dari Allah dan jangan bersandar pada keyakinan dalam diri kalian semata

    Ketahuilah oleh kalian bahawasanya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan. (24)
    Maha Benar Allah
    [Al Anfal]

    Kerana itulah Allah mengajarkan kalian agar memohon pada-Nya,
    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)"
    Maha Benar Allah
    [Ali 'Imran]


    Kami perintahkan untuk menghilangkan sekatan terhadap lelaki yang jujur ini, Maher Sang Jurutera, malah kami tidak perintahkan kalian untuk menyekatnya, aku mencintainya di jalan Allah, juga seluruh anshar yang dimuliakan, betapa ramai orang mulia lagi dihormati yang kalian tidak mengetahui mereka itu, dan mereka belum lagi diperkenalkan kepada umum, sememangnya pertolongan dari Allah dan kemenangan itu dekat.


    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Hamba Allah yang rendah hati terhadap orang-orang beriman
    Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani
    ______________





المواضيع المتشابهه

ضوابط المشاركة

  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •