>كونوا عباد الله إخواناً متحابين في الله يا معشر الأنصار السابقين الأخيار، وتذكّروا أمر الله إليكم في محكم كتابه ..<


[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
lihat postingan asal keterangan


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
27 - 04 - 1437 هـ
06 - 02 - 2016 مـ
05:51 صباحاً
ـــــــــــــــــــ



كونوا عباد الله إخواناً متحابين في الله يا معشر الأنصار السابقين الأخيار، وتذكّروا أمر الله إليكم في محكم كتابه ..

Jadilah kalian semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara, yang saling cinta-mencintai kerana Allah wahai sekalian pendahulu anshar yang baik, ingatlah kalian akan perintah Allah kepada kalian dalam muhkam Kitab-Nya..


بسم الله الرحمن الرحيم، قال الله تعالى:

{ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚوَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠ }
صدق الله العظيم [الحجرات].

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (10)
Maha Benar Allah
[Al-Hujraat]


وأُشهد الله وكفى بالله شهيداً أنّني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني آمركم بالأمر بالتسامح فيما بينكم ليطهّر الله قلوبكم تطهيراً، ومن خالف أمري وعصاني فقد عصى الله، فاحذروا مكر الله، واعلموا أنّ الله يحول بين المرء وقلبه. ولكنّ هذا الأمر يخصّ قوماً يحبّهم الله ويحبّونه في قول الله تعالى:
{وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ} [آل عمران:134].

Aku bersaksikan Allah dan cukuplah bagiku Allah sebagai saksi, sesungguhnya aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku perintahkan kalian untuk saling berlapang dada, bertolak ansur dan saling mengasihi dalam semua perkara antara kalian, agar Allah membersihkan dan mensucikan hati-hati kalian dengan sebersih-bersihnya.

Barangsiapa yang menyalahi perintahku dan mengingkarinya, maka sesungguhnya dia telah mengingkari perintah Allah, hendaklah kalian berwaspada terhadap pembalasan Allah, dan ketahuilah kalian bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dan hatinya.

Bagaimanapun, perintah ini tertentu buat kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, dalam firman-Nya:

dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan [kesalahan] orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (134)
[Ali 'Imran]


ويخصّهم كذلك قول الله تعالى:
{ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ } صدق الله العظيم [الشورى:37].

Demikian juga tertentu bagi mereka firman Allah Ta'ala:

dan apabila mereka marah mereka memberi ma’af. (37)
Maha Benar Allah
[Asy-Syuuraa]


وإنّني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أشهد الله وكفى بالله شهيداً أني قد عفوت عن جميع المسلمين الذين
أَسَاءُوا إليّ وسبّوني أو شتموني في الماضي والحاضر والمستقبل، وذلك العفو مني هو قربةٌ إلى ربي طمعاً في المزيد من حبّ الله وقربه كوني أعلم أنّ نفقة العفو هي من أحبّ النفقات إلى نفس ربّي. تصديقاً لقول الله تعالى: {يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ(219)} صدق الله العظيم [البقرة].

Sesungguhnya aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersaksikan Allah dan cukuplah Allah sebagai saksi bagiku, bahawa sesungguhnya aku telah memaafkan semua kaum muslimin yang berbuat buruk padaku, yang mencelaku dan memakiku pada waktu dulu, kini dan pada waktu akan datang.

Kemaafan dariku itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Tuhanku, sebab aku sangat menginginkan tambahan dari kecintaan Allah dan kedekatan-Nya, kerana aku tahu bahawasanya pemberian maaf itu adalah nafkah (pemberian) yang paling disukai oleh Allah.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Kemaafan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian supaya kalian berpikir, (219)
Maha Benar Allah


غير أنّ الأمر إليكم من إمامكم بالعفو لا يخصّ الأمور الماديّة؛ بل الأذى والسبّ والشتم، وأمّا الأمور الماديّة كالظلم المادي فأنتم أحرار لمن أراد أن ينتصر لظلمه، وأمّا المعسر الذي عليه دينٌ لأحد إخوانه المؤمنين الميسورين فمن أنفق عن دين معسرٍ فعفى عن المعسر قربةً إلى ربه فأجره عظيمٌ عند ربه. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:280].

Hanya sahaja perintah kepada kalian dari Imam kalian untuk memaafkan ini tidak tertentu pada perkara-perkara kebendaan; namun pada perkara menyakiti, mencela dan memaki.

Adapun pada perkara-perkara materi seperti kezaliman yang bersifat kebendaan, maka kalian bebas untuk mendapatkan kemenangan dari sesiapa yang kalian inginkan buat mengatasi kezaliman yang diperbuatnya terhadap kalian.

Adapun orang yang dalam kesusahan yang berhutang dengan seorang saudaranya yang beriman lagi kaya dan berkelapangan, maka barangsiapa yang menyedekahkan hartanya untuk menyelesaikan hutang orang yang dalam kesusahan dan melenyapkan kesusahan orang itu, maka sesungguhnya baginya ganjaran pahala yang sangat besar di sisi Tuhannya.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan jika [orang berhutang itu] dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan [sebagian atau semua hutang] itu, adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui. (280)
Maha Benar Allah


أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


ـــــــــــــــــــــ


sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=25712