المصدر:
http://assafeena2.blogspot.com/2014/...g-post_21.html



ألا والله لا تنتصرون على عدوكم إلا إذا اعتصمتم
بحبل الله القرآن العظيم.

Ketahuilah demi Allah, kalian tidak akan menang dan mengalahkan musuh kalian, melainkan sekiranya kalian berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung.



بسم الله الرحمن الرحيم،
والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين من أوّلهم إلى خاتمهم وآلهم الطيبين، وجميع المؤمنين التابعين الحق إلى يوم الدين، أما بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Sholawat dan salam ke atas seluruh para Nabi dan Rasul dari yang awal hingga penutup mereka, juga ke atas keluarga mereka yang suci (dari syirik), serta seluruh orang-orang beriman yang mengikuti kebenaran sampai Hari Pembalasan,
amma ba'd..



إنَّ من حرب الله على شياطين الجن والبشر نورُ الذكر القرآن العظيم، كون كلماته سلاح نوراني على لسان المؤمنين وشرّ على الشياطين تحرقهم به وهم في أوكارهم في أجساد أولياءهم، وأشرّ منه عليهم كوكب سقر.
تصديقاً لقول الله تعالى في محكم الذكر
:{ وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنكَرَ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَلِكُمُ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَبِئْسَ الْمَصِيرُ }
صدق الله العظيم [الحج: 72]

Sesungguhnya di antara permusuhan dan pertempuran Allah terhadap syaitan-syaitan jinn dan manusia adalah cahaya Adz-Dzikr Al-Qur'an yang agung, kerana kalimat-kalimatnya merupakan senjata nurani melalui lisan orang-orang beriman, sebagai keburukan terhadap syaitan-syaitan itu, yang mana kalimat-kalimat itu membakar mereka dengan Al-Qur'an, sedang mereka itu berada di sarang-sarang mereka di dalam tubuh-tubuh penolong-penolong mereka (dari kalangan manusia), dan yang paling dahsyat dan lebih buruk dari itu terhadap mereka adalah Kaukab Saqar.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala pada muhkam Adz-Dzikr:

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah Neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! (72)
Maha Benar Allah
[Al-Hajj]



ولكن إذا تولى المسلمون عن القرآن العظيم وابتغوا العزة في غيره أذلّهم الله وأظهر عليهم عدوّهم يَسُومُهم سوء العذاب، وجعل القرآن حجة لكم أو عليكم بين يدي ربكم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿١٢٩﴾ يَا مَعْشَرَ‌ الْجِنِّ وَالْإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُ‌سُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُ‌ونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا ۚ قَالُوا شَهِدْنَا عَلَىٰ أَنفُسِنَا ۖ وَغَرَّ‌تْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِ‌ينَ ﴿١٣٠﴾ }
صدق الله العظيم [الأنعام]

Namun begitu, sekiranya orang-orang Islam berpaling mengabaikan Al-Qur'an yang agung ini, dengan mengharapkan kemuliaan dan kemegahan
pada selain Al-Qur'an itu, maka Allah menjadikan mereka rendah lagi hina.

Allah akan membuatkan musuh orang Islam dapat mengalahkan dan mengatasi mereka, lalu musuh mereka akan menimpakan azab seksaan yang seburuk-buruknya kepada orang-orang Islam, kerana Allah telah menjadikan Al-Qur'an ini sebagai hujjah untuk kalian atau terhadap kalian, yang takluk pada kekuasaan Tuhan kalian.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu). (129)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (130)

Maha Benar Allah
[Al-An'aam]



ألا وإنَّ القرآن العظيم حبل الله الممدود الشاحن لقلوبكم، فيه شفاء لأمراضكم، وكذلك تحرقون به الشياطين في ألدّ أعدائكم، وتنتصرون بنوره على عدوّكم، فيجعل بأسكم عليهم شديد وبصركم حديد إن اعتصمتم بالقرآن المجيد، وإن توليتم وابتغيتم الهدى في سواه؛ فمن يأبى من الأحزاب الاحتكام إلى الكتاب فقد كفر به والنار موعده.
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ مِنَ الْأَحْزَابِ فَالنَّارُ مَوْعِدُهُ ۚ فَلَا تَكُ فِي مِرْيَةٍ مِنْهُ ۚ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿17﴾ }
صدق الله العظيم [هود]

Ingatlah dan ketahuilah bahawasanya Al-Qur'an adalah tali Allah yang terbentang lagi berbobot bagi hati-hati kalian, di dalamnya ada penyembuh bagi penyakit-penyakit kalian, demikian juga dengan Al-Qur'an kalian dapat membakar syaitan-syaitan dengan penuh semangat berapi-api terhadap musuh-musuh sengit kalian, dan kalian dapat mengalahkan mereka dengan cahaya Al-Qur'an itu, dengan menghantam mereka sekeras-kerasnya sedang penglihatan kalian amat tajam, sekiranya kalian benar-benar berpegang teguh pada Al-Qur'an yang mulia.

Namun, sekiranya kalian berpaling mengabaikannya lalu kalian mengharap dan mencari petunjuk pada selain Al-Qur'an itu; sesiapa dari kalangan Al-Ahzab (sekutu-sekutu) yang enggan dan menolak untuk kembali berhukum dengan Kitabullah, maka sungguh mereka telah kafir lagi ingkar terhadap Al-Qur'an sedang Neraka-lah yang dijanjikan sebagai tempat kembalinya mereka itu.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka Nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya. (17)
Maha Benar Allah
[Hud]



ألا والله لا تنتصرون على عدوكم إلا إذا اعتصمتم بحبل الله القرآن العظيم.
وقال الله تعالى:
{ إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ }
صدق الله العظيم [آل عمران:160]

Ketahuilah demi Allah, kalian tidak akan menang dan mengalahkan musuh kalian, melainkan sekiranya kalian berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung.

Firman Allah Ta'ala:

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (160)
Maha Benar Allah
[Ali 'Imran]


ألا وإنَّ من اعتصم بمحكم القرآن العظيم فقد اعتصم بالله رب العالمين.
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْ‌كَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَ‌بَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ‌ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ۩ ﴿٧٧﴾ وَجَاهِدُوا فِي اللَّـهِ حَقَّ جِهَادِهِ ۚ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَ‌جٍ ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَ‌اهِيمَ ۚ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَـٰذَا لِيَكُونَ الرَّ‌سُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ ۚ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّـهِ هُوَ مَوْلَاكُمْ ۖ فَنِعْمَ الْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ النَّصِيرُ‌ ﴿٧٨﴾}
صدق الله العظيم [الحج]

Ketahuilah bahawasanya barangsiapa yang berpegang teguh pada muhkam Al-Qur'an yang agung, maka sungguh dia telah berpegang teguh pada Allah Tuhan Semesta Alam.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sholat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (77)

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sholat dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (78)

Maha Benar Allah
[Al-Hajj]


ولربما يود أحد السائلين أن يقول: وكيف طريقة الاعتصام بالله؟
ومن ثم يردّ عليه الإمام المهدي ناصر محمد وأقول:
هو أن تعتصموا بحبل الله الممدود من السماء إلى الأرض طرفه بيد الله والطرف الآخر بيد من اعتصم به؛ ذلكم القرآن العظيم حبل الله العزيز الحميد. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ }
صدق الله العظيم [آل عمران:103]

Barangkali ada seorang penanya ingin mengatakan: Bagaimanakah caranya
berpegang teguh pada Allah
?

Untuk itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya, aku katakan:

Ianya adalah kalian berpegang teguh pada tali Allah yang terentang dari langit ke bumi, yang hujungnya berada di tangan kekuasaan Allah sedang hujung lainnya di tangan orang yang berpegang teguh pada tali yang kokoh itu; itulah Al-Qur'an yang agung, tali Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Al-Qur'an) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)
Maha Benar Allah
[Ali 'Imran]



فاعتصموا بالنور وبالبرهان المبين؛ من اعتصم به وكفر لما يخالف محكمه فقد هدي إلى صراطٍ مستقيم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْ‌هَانٌ مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورً‌ا مُّبِينًا ﴿١٧٤﴾ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَ‌حْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَ‌اطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿١٧٥﴾ }
صدق الله العظيم [النساء]

Justeru itu berpegang teguhlah kalian semua pada cahaya dan bukti nyata (Al-Qur'an); Barangsiapa yang berpegang teguh padanya dan mengingkari semua yang bertentangan dengan muhkamnya, maka sungguh dia telah mendapat petunjuk ke Jalan Yang Lurus.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). (174)

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (yang membawa kepada redhaNya) (175)

Maha Benar Allah
[An-Nisa]


ومن أبى أن يعتصم بمحكم كتاب الله فقد أبى أن يعتصم بحبل الله واعتصم بما يخالف لمحكم كتاب الله القرآن العظيم فسوف يشرك بالله، ومن أشرك بالله فكأنما خرَّ من السماء فتخطَفه الطير أو تهوي به الريح في مكان سحيقٍ؛ كوكب جهنم ذلكم المكان السحيق. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ (31) }
صدق الله العظيم [الحج]

Barangsiapa yang enggan dan menolak untuk berpegang teguh pada muhkam Kitabullah, maka sungguh dia telah menolak untuk berpegang teguh pada tali Allah, dan berpegang teguh pada segala yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, dan tentunya kelak dia akan menyekutukan Allah.

Barangsiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka seakan-akan dia terjatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumban oleh angin ke tempat yang jauh lagi membinasakan.

Pembenaran terhadap firman Allah:

(Amalkanlah perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (31)
Maha Benar Allah
[Al-Hajj]


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله رب العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

_____________

sumber:
http://assafeena2.blogspot.com/2014/...g-post_21.html